Friday 23 December 2011

Khir Toyo kena penjara ni lakonan BN je.. malam kang dia balik rumah...


Khir Toyo dihukum penjara setahun


SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut.

Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan. - Utusan

~ ada jugak lagi ke mangkok yang nak kata undang-undang tak adil ?? kita tunggu 1 lagi siri al-liwati pula ! Kalau dipenjarakan tu lakonan Parti Kunyit Raya ??? ~

Thursday 22 December 2011

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG MA!!- Ariff Alfian Takut Pulang Ke Malaysia!


jadi gay lu berani, kahwin sesama jenis pun lu berani, apa mau takut sama olang?? haiyaaa.... lu patut takut sama Tuhan ma.... sula tukar ka sikalang ah kai??

Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia

” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.

Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.

Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.

Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya

Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis.

sumber- mynewshub.my

-abang lang lor.._




KHAIRY JAMALUDDIN-DARI POLITIK BERALIH KE MODEL??

segak tol KJ ye..hihihhi ni la contoh wakil rakyat yang boleh jadi role model untuk golongan muda..bukan memberontak,menjubur,membalun dan sebagainya je keje mcm dah takda keje lain je...

KELDAIANDAILY KANTOI-ANWAR SOROK KOTE??


BONGKAR ! Dokumen Anwar Ibrahim Puji Lambung IMF & KeadilanDaily Malu KANTOI !!


Di bawah adalah dokumen ucapan Anwar Ibrahim semasa mesyuarat tahunan WBG dan IMF di Hong Kong, China pada tahun 1997.

Tahun 1997 - 1998 adalah tahun yang membawa malapetaka kepada negara apabila spekulator wang seperti rakan karib Anwar Ibrahim, George Soros Yahudi, merobek ekonomi negara Asia Timur. Ianya juga dikenali sebagai Krisis Ekonomi Asia 1997-1998.

Anwar Ibrahim memuji IMF tinggi melambung kononnya katalis dan demonstrasi unik solidariti kawasan.

Tetapi akhirnya, negara-negara yang ditaja oleh IMF itu sengsara kecuali Malaysia! Terima kasih kepada Dr Mahathir!




Puji-pujian Anwar Ibrahim kepada IMF yang akhirnya ditolak oleh Tun Dr Mahathir!



Satu lagi perkara yang amat memalukan ialah kenyataan terbaru yang disiarkan di dalam KeldaianDaily. Lihat di bawah :-


Keldaian Daily kononnya telah 'berjaya melondehkan' Dr Mahathir dengan 'bukti' yang mereka ambil daripada The World Bank

Dek 'bukti' itu, KeldaianDaily dengan bodohnya menulis :

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar seterusnya
Mari kita lihat kembali asal-usul polemik 'bantuan Bank Dunia' ini. KeldaianDaily mungkin buta dan tidak tahu, lihat kenyataan di bawah.

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.


Satu perkara yang kita mesti faham ialah Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 - 1998 bukannya 1999 seperti yang dinyatakan!

Laporan Keldaian Daily KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia' pula ternyata keluar dari topik diskusi dan kontroversi.

'Bukti' yang ditunjukkan oleh KeldaianDaily itu menunjukkan projek-projek negara Malaysia yang mendapat pinjaman daripada The World Bank, satu prosedur biasa yang dilakukan oleh negara-negara lain dalam dunia ini termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain lagi.

1. The World Bank tidak sama dengan IMF, agensi kewangan yang dipuja oleh Anwar Ibrahim.

2. Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank.

Satu lagi perkara yang MiM ingin sampaikan ialah kerajaan Malaysia telah melangsaikan semua pinjaman negara! Satu pencapaian yang sangat baik. Lihat di bawah:-


Kesimpulannya, polemiknya sekarang ialah semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998.

Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank.

Ternyata KaldaianDaily gagal sekali lagi mempertahankan Anwar Ibrahim! MALU!


dipetik dari- http://www.harakahonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=6914#6914

-abang lang-

HADI PERSOAL HUDUD TERENGGANU?? MASE LU PEGANG, ADE LU BUAT KE BRO......


sumber dipetik dari haramjadahkah..

Bila pula Terengganu mahu laksana hudud, soal Hadi

December 06, 2011KUALA TERENGGANU, 6 Dis ― Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).

Hadi (gambar) ingin tahu bila kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah syariah, hudud kisas yang diwartakan pada 2002, oleh kerajaan Terengganu.

Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun kata Khazan, kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna, dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai syariah daripada perlaksanaannya.

Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan ketegangan bermula.

Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.

Menurut laporan Bernama Online, sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali setelah hampir pilihan raya.

Katanya, semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 Presiden PAS sendiri Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.

Sementara itu Khazan, berkata kerajaan Terengganu sedang berusaha ke arah itu di mana 32 orang hakim Mahkamah Syariah akan dihantar berkursus di Institut Kehakiman Mahkamah Syariah di Riyadh tahun lepas.

Katanya tahun ini kerajaan negeri akan menghantar lagi hakim-hakim itu untuk berkursus, dan ini adalah antara usaha-usaha ke arah pelaksanaan hudud di Terengganu.

p/s-memang raja putarbelit.... kejap hudud kejap berkebajikan lepas ni jadi negara bersekedudukan pulak... boleh blah! patut pun Hassan ali blah..

-abagn lang_

TOP 10 STYLE RAMBUT DAVID BECKHAM.. STYLO GILE!!


10. The Bickle



9.The State Agent



8.The cornrow look



7. The buzz with the band


6. The classy curtains

5. The Hairbed

4. The little ponytail

3. The Mullet

2. The Cook-Attoo

1. The My Mr.Adorable look

walaupun ada lebih 30 style rambut beckham, setelah disaring, 10 style rambut terbaik yang menjadi ikutan dan trend semua lapisan masyarakat dan relevan sampai la sekarang....
hehehehe...


-abang lang-


Wednesday 21 December 2011

Jangan Risau Ariff…Majlis Peguam Pasti Bela Anda!



Semenjak dua menjak ini cerita Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menjadi perbualan hangat di mana-mana.

Rata-rata mengutuk malah ada yang mengugut Ariff Alfian disebabkan terlalu marah dengan perbuatannya.

Penulis yakin, tak banyak sedikit, mamat ni pasti ‘kecut perut’ dengan apa yang berlaku, pasti dia sendiri tidak menyangka sebegitu dahsyat reaksi yang ditunjukkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam atas tindakannya itu.

Rasanya lepas ni ‘confirm’ dia akan fikir 1,000 kali untuk kembali ke bumi tempat tumpah darahnya ini…sedangkan sebelum kes ini kecoh pun dia tak balik, apatah lagi bila kes ini meletup.

Bagi yang terlepas kisah Ariff Alfian ini, ini latar belakang ceritanya.

Bapanya, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

Baik, dipendekkan cerita, sebenarnya Ariff Alfian tak perlu gusar kalau nak pulang kerana kat Malaysia dah ada badan yang ‘sayang dan kasih’ terhadap golongan seperti anda.

Namanya mudah saja…Majlis Peguam!

Bagi badan ini, jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang ‘penindasan’ ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Majlis Peguam dari dulu mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.

Mereka juga, buat pengetahuan Ariff Alfian, pernah berikrar tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang dibatalkan dulu.

Kalau Ariff Alfian nak tahu, Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pernah berkata yang mereka juga berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.

Jadi, apa tunggu lagi…baliklah ke pangkuan keluarga anda di Malaysia.jangan risau
hak anda pasti terbela, Majlis Peguam pasti akan bersama anda!!


-dipetik dari portal mynewhub.my-


-abang lang-

AKHIR ZAMAN!-Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila!



Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.

Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!

Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Kisahnya begini.

Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.

Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.

Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.

Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.

Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.

Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.

Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.

Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

dah mereng kepala otak orang-orang sekarang ni...dunia, dunia...... hisshhhhhhh

– Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

-abang lang-

Tuesday 20 December 2011

PENGAKUAN GAY MALAYA-TERUS KEKAL PELUK ISLAM?


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

SUMBER-MYNEWSHUB

PTTTUUUIIIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-ABANG LANG-

OFF TOPIK- 18+ Patung Marilyn Monroe terbesar di Chicago



Dasyat betol orang putih punye hasil seni ye... memang real habis!!













sumber-mediamalaya

-abang lang-

LUCAH!- UNTUK TONTONAN 18+ SAHAJA

apa benda yang dipegang tu?? geli tol..hihihi jgn salah sangka plak ye... binatang ini adalah sejenis siput yang dipanggil 'Geoducks'.. baca selanjutnya dengan menyekroll kebawah...check it out yo!



Geoduck adalah kerang besar yang sebahagian besarnya tinggal di perairan kawasan Puget Sound di Amerika Syarikat. Ia adalah kerang laut yang terbesar yang dimiliki oleh keluarga Bivalvia atau Pelecypoda. Sebab ia dikira dalam keluarga Bivalvia kerana ia mempamerkan dwi separa cangkerang luar yang berbeza.






Walaupun ditulis sebagai geoduck, namanya memberikan bunyi yang berbeza apabila digunakan dalam pertuturan disebut “GOOEY-DUCK”, walau bagaimanapun, ia tiada kena-mengena dengan itik biasa. Ia dianggap sebagai yang terbesar dalam kumpulannya dan boleh didapati jauh kedalam di bawah air laut dalam bentuk berkoloni.

Saluran berbentuk leher boleh mencapai sehingga lebih tiga kaki panjang dan cengkerang luar melebar dari kira-kira 18-23 cm. Saiz yang besar ini juga dikira bagi berat badan. Untuk tujuan memasak, hanya bahagian leher geoduck yang digunakan. Ia kebanyakannya digunakan dalam sup atau stews namun, terdapat beberapa cara yang berbeza yang boleh dinikmati dari geoduck.

Mencari geoducks merupakan satu perkara dan mengutip mereka adalah satu hal lagi. Ia didapati di beberapa lokasi tertentu. Habitatnya terdiri daripada pengorekkan sehingga ke kaki 3-4 di bawah pasir laut. Mereka mempunyai hayat panjang dan maklumat menunjukkan bahawa ianya boleh hidup sehingga lebih daripada seratus tahun jika dibiarkan tanpa gangguan. Geoducks sukar untuk digali keluar dan tugas ini begitu mencabar di Washington, ia disesuaikan sebagai sukan rekreasi, walaupun menggali lebih daripada tiga geoducks bagi setiap hari adalah dilarang.

Seseorang perlu menunggu air surut yang ekstrem rendah untuk mendapatkan hasil kutipan yang lebih baik dari geoducks. Tetapi ianya terdedah hanya untuk beberapa jam dalam masa sebulan. Semasa air surut yang lebih rendah geoduck boleh digali dengan penyeduk tanpa perlu menggali ke bawah jauh.

Geoducks biasanya hidup sepanjang hayat dengan hayat purata menjangkaui sehingga 140-146 tahun. Ia adalah kerana mereka tidak mempunyai musuh yang terlalu banyak bagaimanapun, di perairan Alaska, memerang laut dan dogfish dikatakan terlibat dalam menghapuskan geoducks. Siphons geoduck yang terdedah juga menjadi sasaran tapak sulaiman. Kehidupan geoducks yang aman dengan jumlah aktiviti yang kurang, merupakan satu lagi sebab mengapa ia hidup lebih panjang.

Bentuk Geoduck yang pelik salah satu sebab permintaan terhadapnya rendah. Perikanan geoduck pertama dijumpai pada tahun 1970, yang mana kini telah berkembang. Geoducks yang paling disukai di China dan sebagai makanan laut, ia mendapat status yang paling mahal. Orang Cina percaya geoducks boleh menjadi perangsang seksual. Ia dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti hot pot Cina atau sashimi. Ia biasanya dimasak dengan kicap dan cili. Ia juga satu makanan gourmet di Jepun dan Korea.

Geoducks sangat mahal, seekor geoduck biasanya dijual sehingga RM 32 dalam pasar borong Seattle, US atau apabila dieksport ke Asia, geoduck hidup boleh mencapai harga sehingga RM 160 setiap satu. Oleh kerana harganya yang tinggi di pasaran dan sekatan yang banyak, geoducks biasanya menjadi sasaran pencuri.

sumber-majalahbiarbetul

-abanglang-

AMARAN!!- HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)


Dikeluarkan pada : 11:58 pagi 19 Disember 2011


Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikemaskini pada 1:35 petang 18 Disember 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga).
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Johor (Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang) dijangka berterusan sehingga Khamis 22 Disember 2011.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

(I) Dikemaskini pada : 11:58 pagi 19 Disember 2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin) dan Johor (Daerah Segamat , Ledang, Mersing, Kota
Tinggi, Johor Bharu, Kulaijaya dan Pontian) dijangka berterusan sehingga Khamis 22 Disember 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

(II) Dikemaskini pada : 01:35 petang 18 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Sarawak : Bahagian Kuching (Daerah Kuching, Bau dan Lundu), Samarahan (Daerah Samarahan, Asa Jaya, Serian dan Simunjan) , Sri Aman(Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau) dan Mukah (Daerah Mukah, Dalat, Matu Dan Daro) bermula pada Rabu, 21 Disember 2011 dan berterusan sehingga Jumaat, 23 Disember 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 03:21 petang pada 20 Disember 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Pahang (Daerah Bera, Temerloh, Bentong dan Raub), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Kelang dan Hulu Langat), N.Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol), Melaka (Daerah Jasin) dan Perak (Daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 20 Disember 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, negeri Selangor (Daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam), N.Sembilan (Daerah Tampin, Seremban, Rembau dan Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Perak (Daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Perak Tengah dan Manjung).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

SUMBER-Malaysian Meteorological Department

-ABANG LANG-

OFF TOPIK- KEGILAAN TERBARU RAKYAT CHINA

jika anda ternampak kelibat binatang 'mengaum-ngaum' kearah anda, ape yang akan anda lakukan?? lari tak cukup tanah? kejar balik? hempuk kepala dan bagi biskut?
hihihi..jangan risau, binatang ni tak makan orang pun, gigit-gigit manje je.. jom layan.........

negara China sememangnya terkenal dengan kekreatifan melampau serta idea-idea pelik. terpulang kepada masyarakat sama ada terima idea-idea tersebut berdasarkan seni atau bangkang habis idea tersebut kerana mengubah fitrah dan kejadian sesuatu benda..
tp serius comel!! nak-nak part anak anjing yang kene kaler macam beruang panda tu....hihihihi




ANJING+HARIMAU=ANJIMAU




ANJING+PANDA= ANDA??

KIHKIHKIH...



SUMBER-GILERKENTANG

-ABANG LANG-

PETRONAS TAMAT TAJA ARIFF ALFIAN , LELAKI GAY YANG MEMALUKAN ISLAM



KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – bHarianOnline

-ABANG LANG-

OFF TOPIK-SAMA TAPI TAK SERUPA

relaxkan minda u all...check it out yo..















bhahahahaha...........

sumber-http://totallylookslike.icanhascheezburger.com/

-abang lang-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...