Monday 28 January 2013

Kenyataan Akhbar YB Dato Dr Hassan Ali Mengenai Pemecatan YB Ust Nasharudin Sebagai Ahli Majlis Syura PAS !



Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong. 

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. 

Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. 

Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. 

Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. 

Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. 

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. 

Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. 

Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. 

Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. 

Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. 

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. 

Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam. 


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013


Speaker Square Dicemari Dengan Agenda Pembangkang Berhimpun Secara Haram Menghina Agama Islam !


Semalam, I4TT dapat maklumat dari Utara dan semestinya dari Pulau Pinang.

Seperti telahan I4TT, sememangnya kes nak membakar Bible tu cuma ciptaan DAP sahaja untuk memberikan alasan kepada puak diorang ni berhimpun.

Apa lagi yang boleh mereka buat pun kan... 

Berhimpun secara haram ni memang aktiviti kegemaran mereka.

Semalam, sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi "Holly Book Reading", bertempat di Dataran Pidato, Padang Kota Lama (Speaker's Square), Esplanade, Pulau Pinang.

Himpunan secara haram itu bermula kira-kira jam 12.00 tengahari dan difahamkan sehingga jam 2 petang masih lagi ada yang berhimpun.

I4TT menerima email yang disertakan dengan 20 gambar (dibawah) berkaitan himpunan haram yang mereka jalankan semalam.

Sebelum itu di sebelah paginya, I4TT telah menerima whatsapp message berbunyi;


"Pada 27/1 @ 12 tgh : sebuah kumpulan bebas yang diketahui punya hubungan dengan SUARAM dan ALIRAN akan anjurkan sesi "HOLY BOOK READING" di Dataran Pidato, Penang dimana penganut Islam, Kristian, Hindu, Buddhist turut dijemput dengan membawa kitab suci masing-masing. 
Ketua kumpulan ini, Kevin (016-551 5429). 
Kononnya sesi itu bertujuan untuk memahami agama diantara satu sama lain !! 
Semua ini adalah bohong !! 
Sebaliknya merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi untuk menyamakan Islam dengan agama-agama lain.. 
Mereka mahu hina dan musnahkan Islam. 
Jom kita bantah dan berdepan dengan puak-puak setan ni.."


Cerita dan gambar (20 foto) penuh : KLIK SINI








Thursday 24 January 2013

Umat Islam Boleh Guna Lord & Jesus Gantikan Kalimah Allah - Wali Selipar !



Terkejut dan mengucap panjang bila baca kenyataan Nik Aziz dalam Harakah bagaimana terujanya kera sekor ni bila ditawarkan oleh Pope Benedict XVI membenarkan pengikut yang beragama PAS menggunakan kalimah LORD dan JESUS sebagai alternatif untuk menggantikan kalimah ALLAH dan RASULULLAH.


Kota Bharu (Dec 2012) : Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik membuat kenyataan yang dia telah menerima sepucuk surat dari Pope Benedict XVI pada minggu lepas. 
Antara kandungan surat tersebut ialah TAWARAN Pope kepada Nik Aziz bagi MEMBENARKAN umat Islam di Malaysia mengunakan Kalimah LORD dan JESUS sebagai 'alternatif' kepada Kalimah ALLAH dan RASULULLAH.
Tawaran tersebut di buat sebagai mengenang jasabaik parti Pas didalam kejayaannya memperjuangkan pengunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia. 
Nik Aziz menyatakan perasaan terharunya diatas tawaran Pope itu dan berjanji akan mengkaji dan mempertimbangkan tawaran tersebut dengan sewajarnya. 
Fatwa berkenaan pengunaan Kalimah Lord dan Jesus sebagai alternatif kepada Kalimah Allah dan Rasullullah akan di keluarkan sedikit masa lagi. - Harakah Daily

Secara ikhlasnya di sini, pada pendapat rakyat Malaysia yang beragama Islam sanggupkah menggunapakai istilah LORD dan JESUS bagi menggantikan ALLAH dan Rasulullah ??? 

Mengikut kewarasan akal dan fikiran, rasanya tak ada seorang pun umat Islam di Malaysia yang sanggup kecuali mereka itu berugama PAS dan PAKATAN HARAM.

Kenapa Pope Benedict XVI masuk campur dalam hal ehwal Islam di Malaysia yang mempunyai perlembagaan cukup teratur dengan Yang DiPertuan Agung sebagai ketua Agama Islam di Malaysia.

Apakah Nik Aziz teruja kerana merasakan dia melebihi Yang Dipertuan Agung ??? 

Dah nyanyuk ke orang tua ni ??? 

Betulkah Pope Benedict XVI mengutus surat pada Nik Aziz ???

Okeh, bahan diatas ni gua dapat dari rakan FB masa melawat-lawat wall sahabat-sahabat...

Soalan pertama aku, betul ke menda ni keluar Haramkah ???

Kalau betul lah, tak tahulah nak kata apa lagi pasal Tok Gundu sekor ni.

Dan jika betul Pope hantar surat kat Nik Ajiz tu, paham ke dia bahasa Inggeris ni ???

Hahahaha....

Sumber : I4TT



Perkahwinan Gay Hanya Di Gereja Tidak Di Masjid !



Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender)

- Belum ada dalam Masjid atau Kadhi yang menikahkan pasangan sesama jantina. Agama Islam melarang hubungan sejenis malah perbuatan tersebut dilaknat.

Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,
“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.
“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.

- Tapi yang sebaliknya berlaku dalam ajaran Kristian. Pasangan sesama jenis berkahwin dalam gereja malah mereka ada paderi untuk perkahwinan sesama jenis.

*** Disitu jelas perbezaan antara ajaran Kristian dan Islam. So... Tidak relevan Kristian nak guna kalimah 'Allah' dalam ajaran mereka sedangkan perkara yang paling Allah laknati menjadi pegangan dan budaya hidup orang Kristian.

Dari page FB : Kami Benci Lim Guan Eng


Perutusan Perdana Menteri Sempena Maulidur Rasul 1434H !



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan Saudari sekalian,

Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. 

Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.

Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman. 

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya. 

Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia. 

Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.

Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai.

Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini. 

Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau. 

Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.

Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin. 

Malaysia bersedia membantu ke arah ini.  

Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting. 

Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.

Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda. 

Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. 

Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 

Insya-Allah.

Wabillahi Taufik wal Hidayah. 

Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Yang Amat Berhormat,
Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak


Rahsia Disebalik Kahwin Lari Kak Jijah Dan Al-Juburi !



Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud bapa mertua kepada Anwar Ibrahim merupakan orang kuat kerajaan dan beliau memberitahu Dr Mahathir yang beliau membantah perkahwinan anaknya, Dr Wan Azizah. 

Tun M pujuk Dr Wan Ismail supaya berlembut hati dan ketika itu Anwar belum masuk UMNO.

Petanda tak baik muncul pertama kali menurut Tun Mahathir ialah ketika beliau bentuk kabinet pada 1982 dan Dr M melantik Anwar menjadi Timbalan Menteri.

Anwar datang ke pejabat Dr M bagitau yang beliau hampa sebab beliau tak dilantik sebagai menteri penuh. 

Tun Mahathir ketika itu terkejut dan tergamam. 

Beliau cuma menjawab :

"Ada ramai orang lagi kanan dari awak (orang lagi lama), macam mana saya nak lantik awak jadi menteri penuh, belum pernah berlaku, Kerajaan angkat sesorang yang kritik kerajaan jadi anggota penuh dalam masa yang singkat, awak baru masuk UMNO"

Disini kita dah nampak siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan kenapa beliau masuk UMNO.

GILA KUASA !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...