Saturday 6 April 2013

21 Ciri-ciri Utama #ManifestoBN !!! #PRU13 #GE13




21 CIRI-CIRI UTAMA:

1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

Wednesday 3 April 2013

@ZambryAbdKadir Akan Menghadap Raja Nazrin Untuk Bubar DUN...!




Berikutan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dijangka menghadap Pemangku Sultan Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah jam 2.30 petang ini.

Parlimen Bubar...!


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pagi ini.

Ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui semua saluran televisyen.

Selepas pembubaran yang dibuat melalui perkenaan Yang Dipertuan Agung, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon diikuti tempoh berkempen dan hari pengundian.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia, pagi ini saya mengadapa Yang Dipertuan Agung memohon Parlimen ke-12 dibubarkan hari ini.

"Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda memberikan perkenan Parlimen dibubarkan," katanya.

Beliau berkata, pembubaran itu membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.




Pendedahan 'In & Out' Najib Dan Anwar !



Siapa yang tidak mengenali YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Razak dan juga Anwar Ibrahim.

Malah seluruh dunia mengenali kedua-duanya.


Kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi, tetap ada perbezaan didalam persamaan tersebut.


JAWATAN PERDANA MENTERI


Anwar 'pernah' menjadi pemimpin walaupun pemimpin no2 (Timbalan Perdana Menteri) didalam negara dan cita-citanya menjadi pemimpin no1 negara (Perdana Menteri) masih belum terpadam tetapi dia juga adalah 'bekas banduan'.


Manakala DS Najib pula kini adalah pemimpin no1 negara yang disegani diseluruh dunia.


LATAR BELAKANG


DS Najib dan juga Anwar adalah dilahirkan dari latarbelakang politik UMNO yang mana keduanya mempunyai ibubapa yang tegar menyokong UMNO malah menjadi pemimpin didalam UMNO.


Anwar, anak kelahiran Cheruk Tok Kun. 


Bapanya, Ibrahim pernah menyandang jawatan Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Ibu Anwar pula adalah seorang pemimpin wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai.


Walaupun berstatus dari 'keturunan India' yang memeluk Islam, berjaya juga anak beranak ini menjawat jawatan melalui UMNO, parti keramat orang Melayu.


Oleh itu, tidak hairan jika Anwar ini 'petah' berkata-kata.


DS Najib anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang, anak sulung kepada Tun Haji Abdul Razak.


Siapa yang tidak mengenali ayahanda kepada DS Najib, Tun Haji Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, anak kelahiran Pekan, Pahang.


Beliau amat dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).


Hari ini, DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.


Darah 'Melayu Bugis' yang mengalir didalam kedua-dua pemimpin dan bekas pemimpin no1 negara ini, ayah dan anak, telah membawa hala tuju negara kearah satu bentuk perubahan yang berani mengikut keperluan didalam kedua-dua era.


Oleh itu, tidak menghairankan kedua-duanya (ayah dan anak) berjaya menjadi pemimpin yang berani dan disegani.


Begitulah serba ringkasnya latarbelakang asal usul DS Najib dan Anwar.


PENDIDIKAN


DS Najib dan Anwar, kedua-duanya pernah belajar di sekolah 'all boys'.


Anwar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) manakala DS Najib di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.


Kedua-duanya mendapat pendidikan 'tertiary'.


Anwar menyambung pengajian di Universiti of Malaya pada tahun 1967 dalam jurusan Pengajian Melayu (Sastera).


DS Najib menyambung pengajian tinggi di Universiti Nottingham, England pada tahun 1974 dalam jurusan Ekonomi Industri.


PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI


Seperti yang kita semua telah pun tahu dan maklum, Anwar Ibrahim ini 'ligat' dengan aktiviti jalanan yang sentiasa memberontak malah pernah dikenakan tahanan ISA.


Malah kecenderungan Anwar dalam berpolitik 'style ekstrim' bermula di era pengajian tingginya.


Entah bila dia belajar pun tak tahulah. 


Bak kata salah seorang bekas penuntut UM yang sama-sama belajar dengan Anwar cuma berbeza jurusan dari fakulti Kejuruteraan yang aku kenali rapat pernah menyatakan kepada aku bahawa; 


"Anwar banyak 'free time' sebab study Sastera, sebab tu kerjanya memberontak, demonstrasi, duduk di jalanan, hasut sana sini, lainlah kami yang belajar kejuruteraan ni, tak sempat nak makan pun ada..."

Hari ini Anwar masih dijalanan memberontak manakala kenalan aku tu pula adalah pesara jurutera kanan dan beliau antara yang terlibat dalam kajian krisis air Selangor dan terlibat dalam banyak projek-projek membuka dan mengurus empangan di seluruh Malaysia. 


Itulah beza antara orang yang belajar bersungguh-sungguh dan yang guna platform belajar untuk memberontak.


Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak menjinakkan Anwar ketika itu dengan memberikan ruang dan peluang untuk Anwar berubah dan bersama dalam kepimpinan negara.


Malah Anwar ketika itu menjadi 'orang kanan' dan 'orang kepercayaan' Tun M.


Tapi, apa nak kata, sikap tamak dan rakus manusia bernama Anwar ini tidak dapat dibendung.


Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga kau Anwar dan terbongkar segala tembelang yang cuba disorokkan !!!


Berbeza pula zaman remaja DS Najib dengan Anwar ni.


Beliau sangat berbeza dari corak pembentukan sahsiah Anwar yang memberontak macam manusia 'kurang kasih sayang'.


DS Najib adalah seorang yang tekun dalam pembelajaran.


Beliau telah kehilangan ayahanda tercinta seawal usia 23 tahun.


Kematian mengejut Tun Haji Abdul Razak kerana penyakit leukimia di London pada 14 Januari 1976, menyebabkan DS Najib menceburkan diri dalam arena politik.


DS Najib merupakan Ahli Parlimen termuda dalam sejarah politik Malaysia ketika itu selepas menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pekan yang kosong menggantikan ayahandanya.


DS Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. 


Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.


Begitulah pengisian kehidupan remaja dan pembentukan sahsiah YAB PM DS Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.


PERKAHWINAN


DS Najib dan DS Rosmah berkahwin selepas kegagalan perkahwinan pertama masing-masing.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa.


Anwar dan Wan Azizah pula keduanya melalui perkahwinan kali pertama yang mana perkenalan tersebut bermula dari zaman belajar diperkenalkan oleh rakan dan sering'dating'.


Kerana tidak mendapat restu keluarga, maka Anwar dan Wan Azizah 'kahwin lari' di Thailand.


Hasil perkahwinan 'kahwin lari' yang tidak mengikut syarak itu, mereka mendapat 6 orang cahaya mata.


Lagi... Baca sumber asal : KLIK SINI


Saturday 23 March 2013

Video Chinadoll - Rahim Thamby Chik Dedahkan Cubaan Pujuk Eskay


Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban sekali lagi tampil membuat kenyataan. 

Beliau semalam mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video ‘China Doll’.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang ‘TIADA HAD JUMLAHNYA’ sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’


Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato’ Eskay. 


Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, ‘tawaran wang tanpa had’ itu tidak mampu untuk membeli dirinya. 

Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan Umno.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. 


Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.






Sunday 3 March 2013

Stop Sebar Gambar Palsu Anggota Keselamatan Dipenggal !!!



Adoyaiiii... Ingatkan dah tak ada...

Rupanya lagi macam-macam maklumat palsu dan yang mengarut-ngarut ni keluar dalam facebook.

Antaranya adalah posting diatas yang I4TT jumpa di FB dan kemudiannya dishare sahabat I4TT.

Gambar tersebut diambil dari sebuah blog berkaitan askar Thailand yang dipenggal kepala dan disiarkan oleh pemilik blog pada 11 Ogos 2010. [ KLIK SINI ]

Gambar tu tak ada kaitan langsung dengan mana-mana kejadian di Sabah baik di Lahad Datu mahupun Semporna.

Tambahan... Anggota keselamatan kita tak pakai uniform celoreng dalam misi OPS SULU !!!

Please lah weiii... Jangan sebar mende-mende mengarut !!!

Ni nasihat dari PDRM untuk semua pengamal media sosial.. BACA SINI... dan juga BACA SINI sekali...

[ SUMBER ]


JANGAN SEBAR MAKLUMAT ATM DAN PDRM KALAU TAK MAHU NYAWA MEREKA MELAYANG


Tolong jangan update dekat facebook kalau ternampak PDRM/ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana.

Percuma sahaja penceroboh dapat info !!! 

Senang-senang sahaja anggota keselamatan kita akan diserang hendap.

Jika ada apa-apa simpan dalam hati dulu kerana mereka (puak penceroboh) sedang memerhati !!

Kepada rakyat Sabah, TOLONG jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. 

Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. 

Tolong jangan merasa BANGGA dengan maklumat yang anda sebarkan.

Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara.

Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat.

Pegang amanah itu erat-erat.

Update info pasal mangsa yang terkorban tak ada masalah atau pun update info agar setiap orang berhati-hati juga tiada masalah, tapi JANGAN UPDATE info mengenai pergerakan PDRM dan ATM di luar sana !!!

Okey, atas tadi tu nasihat dari PDRM dan ATM.

Bagi aku senang je, kepada semua jangan sebarkan apa-apa maklumat selagi PDRM tak keluarkan atau main-stream media tidak siarkan.

Jika kita melayar internet, jangan lupa bahawa puak penceroboh nate haram ni pun boleh juga melayar internet atau mendapat maklumat yang disiar di laman sosial.

Kalau korang tak mahu jadi punca, penyebab dan penyumbang kepada kematian anggota keselamatan kita yang sedang bertugas sekarang ni di Sabah, jangan lah jadi bodoh dan bagitahu satu dunia apa yang PDRM dan ATM sedang buat.

Diam-diam sudahlah...

Pelik juga kan bila wira negara kita ni gugur diserang hendap.

So, stop lah semua tindakan menyebarkan maklumat dan pergerakan PDRM dan ATM.

Apa yang korang buat tu cuma mendatangkan bahaya kepada wira negara kita yang sedang bertugas.

Melainkan korang yang buat macam tu memang tali barut PENJAJAH ni.

Semoga Allah lindungi wira-wira negara kita yang sedang bertugas... Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin...

[ SUMBER ]


Monday 28 January 2013

Kenyataan Akhbar YB Dato Dr Hassan Ali Mengenai Pemecatan YB Ust Nasharudin Sebagai Ahli Majlis Syura PAS !



Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong. 

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. 

Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. 

Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. 

Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. 

Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. 

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. 

Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. 

Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. 

Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. 

Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. 

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. 

Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam. 


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...