Friday 28 September 2012

ANWAR MENABUNG UNTUK NAIK JET LAWAN NAJIB


Gaji 1 bulan = RM1.

Gaji setahun = RM12.

Berapa lama untuk Anwar kumpul menabung semata-mata nak menunjuk naik jet ni ye ???

Belum lagi kira yang sebulan 3 hingga 4 kali keluar Negara !

Ada otak ? 

Kalau ada pakat-pakat guna dan fikir !!!

Jangan jadi sebangang anak Berahim ni !


Anwar hina umat Islam : Setuju ada masalah dalam jiwa orang Islam?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman semalam.

Penulis Eddie Barnes dalam artikelnya menyebut: ''Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi''.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya yang bertajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" seperti yang dipetik oleh akhbar New Straits Times hari ini.

Anwar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan di The Wall Street Journal pada 26 Januari lalu.

Eddie yang menemuramah Anwar semasa lawatannya ke United Kingdom baru-baru ini turut menyifatkan Barisan Nasional kini sedang 'goyah'.

Sambil merujuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Dr. Ibrahim, artikel itu memberitahu bahawa Anwar di London bersama Azeem Ibrahim, seorang ahli perniagaan dari Scotland yang bertindak sebagai pembantu antarabangsanya.

Artikel tersebut yang diterbitkan semula di blog Anwar semalam, turut menyebut bahawa beliau yang berusia 65 tahun kini menderita sakit belakang yang kronik selain menekankan tentang konflik yang berlaku di kalangan sekutu politiknya iaitu DAP dan Pas.

''Di sebelah kanan beliau adalah kumpulan Islam Pas yang ingin memperkenalkan undang-undang hudud (Islam) kepada negara.

''Di kirinya pula ada golongan Cina-India DAP yang mahukan negara sekular dan hak-hak yang lebih baik untuk masyarakat bukan Melayu.

''Ia kelihatan sukar buat beliau apabila pada minggu lalu, DAP membantah rancangan Pas untuk memperkenalkan hudud,'' kata Eddie dalam artikel itu.

Selain itu, beliau juga menggambarkan Anwar sebagai a modern traditionalist kerana enggan dikategorikan sebagai pemimpin Islam dan disalahertikan.

''Beliau kata beliau bukan liberal dan masih memegang kepada asas Islam. 

Tetapi beliau memilih jalan untuk melihat pandangan kedua-dua belah pihak daripada perdebatan tersebut (DAP-Pas),'' katanya.

AAA Kata : Anwar ni tak ada agama punya bangkai !


ANWAR MASIH BERHUTANG 5 JAWAPAN


Sehingga kehari ini Anwar masih gagal menjawap 5 soalan yang ditanya oleh Datuk Eskay. 

Pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? 

Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? 

Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? 

Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? 

Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

AAA kata : Anwar akan jawab di Alam Barzakh !


BAJET 2013 DIBENTANG JAM 4 PETANG INI ! APAKAH TEPAT RAMALAN INI ?


KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.

Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.

Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.

Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.

“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.

Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.

“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.

“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;

“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.

“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. -Mynewshub.my

**Pembentangan Bajet 2013 akan dibuat secara langsung bermula pukul 4 petang ini.


JOM KE PANGKOR DENGAR TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA


iNFO iLMU

Tajuk: HUDUD: Perlaksanaan Di Malaysia
Penceramah: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Tarikh: 28hb September 2012 (Jumaat)

Jam: 9:00 Malam
Tempat: Padang Sepak Takraw Kg Masjid, Pangkor

Semua dijemput hadir. Rancang masa anda dan sebar-sebarkan.

* Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pangkor


Saturday 22 September 2012

WEEEHOOO !!! JOM KE MINI KARNIVAL RAJA DODOL DENGAN GENG MOTOR BESAR DAN KERETA !!!


Dengan penuh rendah hati... Bagi pihak penganjur ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke Mini Karnival Jom Santai Mencari Raja Dodol 2012 pada 22hb September 2012 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves.

Pelbagai aktiviti menarik seperti autoshow kereta dan motorsikal berkuasa kecil hingga besar, karaoke, cabutan bertuah dan semestinya acara kacau dodol.

Kacau dodol bermula awal pagi, namun Mini Karnival akan dibuka kepada orang awam bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.

Dodol yang telah siap akan dilelong selepas acara perasmian yang akan disempurnakan oleh Datuk Haji Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak).

Sebahagian hasil dari lelongan dodol akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Rohingya.

Jom kita berkumpul, bersantai, bergembira dan mengerat silaturrahim disamping beramal.

Tarikh : 22 hb September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 11 pagi - 8 malam
Tempat : Dewan Taman Bolton Batu Caves, Selangor Darul
Ehsan.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja-penaja yang telah banyak menyumbang untuk menjayakan Mini Karnival ini iaitu Datuk Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak), Datuk Hasnal (MASGENUINE - i BERHAD), De' Wajah Skin Care, Puan Alin (Anjung Putra Biker's Corner), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bro Nazri (Bikers), Cafe 22, dan lain-lain lagi (yang tidak dapat disebutkan nama).

Tahniah A Summit Resources sebagai penganjur utama dan Datuk Megat bagi pihak BN Gombak !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...