Wednesday, 21 December 2011
Jangan Risau Ariff…Majlis Peguam Pasti Bela Anda!
Semenjak dua menjak ini cerita Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menjadi perbualan hangat di mana-mana.
Rata-rata mengutuk malah ada yang mengugut Ariff Alfian disebabkan terlalu marah dengan perbuatannya.
Penulis yakin, tak banyak sedikit, mamat ni pasti ‘kecut perut’ dengan apa yang berlaku, pasti dia sendiri tidak menyangka sebegitu dahsyat reaksi yang ditunjukkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam atas tindakannya itu.
Rasanya lepas ni ‘confirm’ dia akan fikir 1,000 kali untuk kembali ke bumi tempat tumpah darahnya ini…sedangkan sebelum kes ini kecoh pun dia tak balik, apatah lagi bila kes ini meletup.
Bagi yang terlepas kisah Ariff Alfian ini, ini latar belakang ceritanya.
Bapanya, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
Baik, dipendekkan cerita, sebenarnya Ariff Alfian tak perlu gusar kalau nak pulang kerana kat Malaysia dah ada badan yang ‘sayang dan kasih’ terhadap golongan seperti anda.
Namanya mudah saja…Majlis Peguam!
Bagi badan ini, jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang ‘penindasan’ ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Majlis Peguam dari dulu mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.
Mereka juga, buat pengetahuan Ariff Alfian, pernah berikrar tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang dibatalkan dulu.
Kalau Ariff Alfian nak tahu, Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pernah berkata yang mereka juga berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.
Jadi, apa tunggu lagi…baliklah ke pangkuan keluarga anda di Malaysia.jangan risau
hak anda pasti terbela, Majlis Peguam pasti akan bersama anda!!
-dipetik dari portal mynewhub.my-
-abang lang-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment