Wednesday 18 July 2012

PAS CONVERT JADI PARTI SALIB ??? MURTADKAH NIK AZIZ ?!!


Crossed fingers behind the back can also be used when making a promise or a claim to indicate that you are lying. This has been used in television and movies to clue in the viewers while keeping other characters in the dark.

When a suspected witch crossed your path, you could make a cross shortcut by crossing your index and second finger or the index fingers of both hands. This would provide protection and ward off the evil influence. Just like in Dracula movies, it was believed the power of the cross or any religious talisman would combat the forces of darkness.

Dalam Bahasa Melayu bermaksud...

Berpalang jari di belakang juga boleh digunakan apabila membuat janji atau tuntutan untuk menunjukkan bahawa anda berbohong. Ini telah digunakan dalam televisyen dan filem petunjuk dalam penonton sambil mengekalkan watak lain dalam gelap.

Apabila seorang ahli sihir yang disyaki melintasi laluan anda, anda boleh membuat pintasan rentas dengan menyeberangi telunjuk dan jari kedua atau jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan perlindungan dan menangkis pengaruh yang jahat. Sama seperti dalam filem-filem Dracula, ia dipercayai kuasa salib atau mana-mana tangkal agama akan memerangi kuasa-kuasa kegelapan.


Ada perkongsian dari sudut pandangan agama... Ini aku ambil dari satu soal jawab yang bertanya tentang amalan menyilang jari...

Alhamdulillah, Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Sebelum kami memberikan jawapan terhadap ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ ( Jadikan Jari-Jemari Anda Membuat Tanda Silang ), maka marilah kita perhatikan terlebih dahulu firman Allah Ta’ala dan Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai sikap Yahudi dan Kristian.

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 120 :


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Huraian Ringkas Ayat : "Janganlah kamu menyusahkan dirimu demi memuaskan para pembangkang dari kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi rela. Sungguh mereka itu tidak akan merelakanmu sehingga kamu mau menjadi pengikut agama yang dalam pandangan mereka itu berisi petunjuk. Katakan kepada mereka, "Tidak ada yang lebih benar daripada petunjuk yang diturunkan Allah dalam Islam." Barangsiapa tergoda untuk mengikuti kehendak hawa nafsu mereka setelah mengetahui kebenaran yang Kami turunkan kepadamu, maka sungguh mereka tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong dari azab neraka selain Allah.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani؟ Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh.

Kembali kepada permasalahan yang sedang kita bincangkan , iaitu berkenaan ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ ( Jadikan Jari-Jemari Anda Membuat Tanda Silang ).

Agama Kristian yang kita lihat pada hari ini BUKANLAH SATU AJARAN yang dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s itu sendiri, akan tetapi ia merupakan satu agama baru ( doktrin ) yang telah dibawa oleh St. Paul dengan membawa masuk banyak ajaran, falsafah dan unsur-unsur luaran ke dalam Agama Kristian.

Begitulah juga dengan pegangan mereka terhadap TRINITY ( Tritunggal / Tuhan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 ) , SALIB , PATUNG MARY & JESUS dan sebagainya. Itu semua bukanlah ajaran asal yang dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s bahkan ia adalah satu “cedokan daripada ajaran-ajaran luaran“ yang telah dilakukan oleh St. Paul di dalam usaha merosakkan ajaran yang pernah dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s itu sendiri.

Salib itu sendiri adalah warisan budaya Kaum Romawi Kuno dan Greece Kuno, yang mana mereka sebelum ini adalah kaum penyembah berhala, akhirnya salib itu sendiri menjadi satu ritual keagamaan Kristian sehingga ke hari ini.

Maka tidaklah pelik jika ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ itu sendiri juga WALAUPUN DIKATAKAN bukan berasal daripada ajaran Kristian (sbg mana dakwaan sebahagian para pengkaji di e-Group saudara), akan tetapi ia sendiri TELAH MENJADI DARAH-DAGING & SYIAR KEBESARAN AGAMA KRISTIAN itu sendiri !

Dan apabila ia telah menjadi syiar, simbol dan kebesaran agama Kristian itu, maka HARAM bagi mana-mana umat Islam untuk turut sama “MEMPROMOSIKANNYA“ dengan apa cara sekalipun, hatta sebagai ungkapan ataupun sebagai isyarat.

Bukan itu sahaja, ungkapan dan isyarat itu sendiri boleh menyebabkan rosaknya Aqidah dan batalnya Iman serta boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad. Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik.

Quote: (dari soalan asal)

Menurut informasi tersebut lagi, kalimah berkenaan sebenarnya merupakan tanda 'good luck' ataupun bila 'making a wish'; digunakan sebagai 'figure of speech' dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama pun, baik Kristian atau apa jua.

Pada pandangan sesetengah warga, ungkapan ini bukanlah sebagai suatu 'doa', malah perbuatan 'menyilang jari' itupun sebenarnya tidaklah membabitkan sebarang perlakuan zahir (seperti menadah tangan untuk berdoa).


Kami Jawab :

Benarkah begitu ? dan benarkah ungkapan itu tiada kena mengena dengan mana-mana agama termasuk agama Kristian ?

Pernahkah saudara-saudari budiman menonton cerita HANTU daripada Hollywood ? contohnya filem DRACULA dan seumpamanya ?

Cuba lihat , apakah yang dilakukan oleh para pendita Kristian apabila mereka tidak berjaya mengusir hantu-setan itu (apabila kayu salib mereka patah) ? Tentunya mereka akan menjadikan jari-jemari bersilang sebagai TANDA SALIB yang mereka sembah.

Dan di dalam ungkapan masyarakat Inggeris sendiri ada menyebut perkataan : “CROSS ONESELF“ iaitu membuat tanda salib pada badan sendiri.

Oleh itu bukankah ini adalah satu bukti bahawa ungkapan ataupun isyarat TANGAN BERSILANG itu sendiri adalah TANDA SALIB KRISTIAN yang menjadi simbol kebesaran agama itu ?

Baiklah, kemudian ada pula pihak yang mengatakan bahawa tanda itu adalah “ making a wish “ (membuat permintaan) ? Permintaan itu sendiri adalah WISH kerana doa juga hendaklah disertakan dengan harapan (wish) agar ianya ditunaikan oleh Tuhan.

Adakah umat Islam berdoa (membuat permintaan) daripada Allah Ta’ala dengan jari-jemari yang bersilang ? Sudah tentu tidakkkkkk !!! .

Oleh itu umat manakah yang berdoa kepada Tuhan mereka dengan jari-jemari bersilang seperti itu ? sudah tentulah UMAT KRISTIAN !

Begitulah juga dengan andaian bahawa ungkapan ataupun isyarat itu hanyalah sebagai “ GOOD LUCK “. Kalau benar begitu, kami pun ingin bertanya kembali : “ Daripada siapakah dimohon kejayaan dan tuah itu ? Apakah ada umat Islam memohon tuah dan kejayaan daripada Allah Ta’ala dengan menggunakan isyarat tangan bersilang seperti itu ? “. Tentu sahaja TIDAK ADA di kalangan umat Islam berdoa ( bermohon ) kepada Allah Ta’ala sedemikian rupa. Jadi jika tiada, para penganut agama apakah yang berbuat demikian ? Semua akan menjawab : PARA PENGANUT AGAMA KRISTIAN !!!

Yang jelas sekarang ungkapan dan isyarat itu sebenarnya adalah DAKYAH / PROPAGANDA AGAMA KRISTIAN yang disebarkan demi menyesatkan umat Islam. Umat Islam tidak menjadi sesat hanya dengan menukar agama mereka, bahkan boleh juga menjadi sesat dengan mempromosikan agama-agama selain Islam seperti tatacara dan budaya seperti ini.

Apakah sudah tiada ungkapan ataupun isyarat lain untuk menunjukkan “GOOD LUCK“ sehingga umat Islam mesti bertaqlid ( membuta-tuli / membabi-buta ) mengikut semua budaya yang dibawa oleh masyarakat bukan Islam ???

Umat Islam sepatutnya mesti memiliki jatidiri dan imej tersendiri dan sepatutnya kitalah yang menjadi contoh ikutan mereka dan bukannya sebaliknya.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada segala taktik dan strategi jahat mereka yang hendak menyesatkan kita secara halus lagi licik. 

Soalan AAA.... Adakah Nik Aziz ni agen PENYESAT UMAT ???


"NABI" PAS SAMPAIKAN WAHYU DARI ALLAH ?!! SESAT GILER !!!


Jangan tengok gambar atas tu lama-lama... Hahaha...


Jom layan video "Nabi" baru keluaran PASpispus !!!



Sahih SESAT !!! TAUBAT la bai...!!! Parok !!!




KHALID GAGAP RESTUI PUSAT SEKS DI PUCHONG !!!


Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

TQ Kosmo!

AAA kata... Khalid G buat apa ? Bukan kah Gagap tu Exco Agama Selangor ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...