Sunday, 25 March 2012

GILA KE APE NI ? KHALID BUAT TARIAN TIANG TENGAH-TENGAH BANDAR ?!!


Korang nak tengok macam mana cermatnya MB anda berbelanja ??? Boleh la tengok gambar-gambar dibawah.

Jimat beb, tak payah Khalid penat-penat sewa opis mahal-mahal sebab korang boleh jumpa dia merata-rata Selangor !!!

Sila manfaatkan wang anda yang telah dibazirkan oleh Khalid ini. Bawak la balik sorang satu buat lapik lantai jamban korang !!!

 

 




Psssttttt... agak-agak berapa ratus ribu habis ni eak... ke ni juta-juta punya..? Dan sape pulak yang dapat projek cetak banner ni ???


~ info4thetruth.blogspot.com ~





Friday, 23 March 2012

Azizan Perlu Diganti Segera Elak Kedah Tumbang


KETIDAKUPAYAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memimpin kerajaan Kedah sekarang semakin hebat diperkatakan. Terbaru beliau dilapurkan akan mengambil cuti panjang dikala soal perlantikan 2 Exco Kedah iaitu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh masih belum selesai.

Azizan sekarang ibarat Jeneral yang hidup dalam ketakutan. Penulis dimaklumkan, Azizan telah memecat salah seorang pemandunya kerana disyaki menjadi talibarut kepada Phahrolrazi minggu sudah.

Bagaimana Azizan boleh terfikir untuk pergi bercuti dikala masih banyak masalah yang perlu diselesaikan, agak membingungkan penulis. Sememangnya sikap ini menunjukkan pergolakan politik yang dikatakan sudah selesai itu, masih tidak selesai lagi. Masih ada yang berbaki dimana-mana, cuma tak tahu dimana.

Dalam masa yang sama tindakan ini menggambarkan kualiti kepimpinan Azizan yang begitu lemah dan boleh menjadi senjata pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan Kedah dan Pakatan Rakyat dalam masa yang sama.

Tidak cukup setakat itu, Azizan juga memberi ‘senjata’ kepada UMNO apabila menganugerahkan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat yang ada kaitan dengan parti tersebut yang keuntungan dari projek itu kemudiannya akan digunakan untuk menguatkan kempen politik mereka dalam pilihanraya akan datang.

Laman ini berpendapat, semua justifikasi di atas sudah cukup untuk mengatakan Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak boleh diharap untuk memimpin Pakatan Rakyat dan PAS dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Kedah dan PAS perlukan seorang pemimpin dengan halatuju dan kualiti kepimpinan baru dengan segera, atau kita menghadapi risiko kehilangan Kedah. Ini adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak.

Tidak ada apa yang pasti sekarang. Pulau Pinang yang satu ketika dilihat bakal menjadi kubu kuat DAP buat satu ketika yang lama juga, menghadapi risiko jatuh ke tangan BN. Ini dapat dilihat dari kenyataan Ketua Menteri, YB Lim Guan Eng, dalam akhbar Nanyang Siang Pau pada Selasa, bila bercakap tentang penggunaan wang dan jentera BN yang dilihat terlalu berkuasa untuk diatasi Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, setiap negeri adalah penting. Dalam satu pertemuan 2 malam sudah di Tropicana, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian telah memklumkan bahawa Pakatan Rakyat boleh melupakan hasrat untuk menawan negeri-negeri lain, yang perlu diutamakan ialah mengekalkan kuasa di negeri-negeri sedia ada.

Jadi amat penting untuk PAS dan Pakatan Rakyat mengambil berat situasi di Kedah dan mengatur strategi yang sesuai. Yang penulis lihat ialah, menyingkirkan Azizan adalah jalan terbaik kerana jelasnya beliau telah hilang sokongan di kalangan anggota Exconya sendiri dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Penulis tidak rasa kesannya begitu besar kerana kajian menunjukkan sokongan yang hilang dengan penyingkiran Azizan amatlah kecil dan tidak begitu mengancam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Memang ada kesan, tapi kesan yang sangat-sangat minima.

~ suarapakatanrakyat.com ~

aku kata : lepas ni MB Kedah... UMNO !




Sah Yahudi Latih Pakatan !


PENDEDAHAN UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.

Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’ yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.

Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu diadakan,

Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau (Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.

Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah firma Amerika Syarikat.

Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam dalam dunia – seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.

Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim membuat penafian sebelum boleh didedahkan.

Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.

Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.

Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...