Thursday 17 November 2011

PUOK TAHIK PAS TAMAK HALOBA !!!!


PANAS !!! DUIT BANTUAN UNTUK PELAJAR DICUKAI PIHAK SEKOLAH !!!!


I4TT baru dapat maklumat terdapat sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan yang Guru Besarnya totok PAS telah buat pencukaian sebanyak RM50 bagi setiap pelajar melalui duit bantuan kerajaan kepada pelajar-pelajar sekolah. Kononnya pencukaian duit berkenaan untuk membayar duit PIBG. Siapa guru besar Sekolah Kebangsaan Dato' Keramat II ???


Petang tadi sewaktu lawatan YAB TPM di Wilayah Persekutuan, Pemuda BN dapat slot untuk memanggil NGO-NGO Belia bersama dalam sessi dialog bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Mereka berpeluang bertanya terus kepada YAB TPM dan dijawab terus oleh beliau.


Apabila persoalan berkaitan duit bantuan kepada pelajar sebanyak RM100 yang dicukai oleh pihak sekolah sebanyak RM50, nyata YAB TPM amat kecewa dan terkejut dengan sikap sekolah berkenaan. YAB TPM menegaskan bahawa duit bantuan itu adalah untuk pelajar tanpa sebarang pemotongan yang dibolehkan oleh mana-mana pihak termasuk pihak sekolah walaupun 1 sen.


Kepada ibubapa, harap maklum. Duit bantuan itu hendaklah dituntut sendiri oleh Ibubapa atau penjaga sahaja. Duit bantuan itu disalurkan melalui akaun BSN sekolah dan diagihkan secara tunai kepada pelajar sebanyak RM100 tanpa kurang 1 sen pun. Duit itu juga tidak digalakan diberikan secara terus oleh guru-guru kepada para pelajar. Jawabnya habis la duit berkenaan di Mc'D, KFC, Cyber Cafe atau silap-silap ke slot gaming haram.


Juga kepada ibubapa yang mungkin tidak tahu, yuran PIBG bukanlah wajib. Pihak sekolah mahupun PIBG tidak boleh memaksa pelajar membayar yuran berkenaan.


I4TT tak kisah la kalau puak-puak PASpispus nak makan duit anak orang kaya. Tapi kalau duit anak orang susah, mana tahu pelajar tu anak yatim ke.. tanggung la dosa tu. I4TT juga sedar yang puak-puak PASpispus ni sudah kebal. Dosa pahala dah letak tepi. Tapi tak kan lah sampai nak ambil duit pelajar yang KERAJAAN BN bagi !!!! Yuran PIBG RM10 sahaja.. kenapa ambil sampai RM50...!!! Melampau sangat ni... I4TT tegas... walau 1 sen pun duit bantuan RM100 tu tidak boleh kurang sampai ke tangan Ibubapa !!!!

Credit to : I4TT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...