Tuesday 9 October 2012

Dr Zul dan Haji Razali bertumbuk kerana berebut kerusi ? Apsal tak rebut meja je skali ?


PAS IS DEAD !!!


Tidak berapa lama dulu, Pena ada bawakan cerita tentang bagaimana Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS ini memainkan peranan dalam pemilihan calon untuk PRU 13 nanti. (baca sini)


Dr DZulkefly Ahmad dikatakan telah memilih Haji Razali Tumirin sebagai calon PRU13 kerana kebolehan mentadbir dan ilmu yang dimiliki oleh beliau selain mengekalkan kroni dalam pemerintahannya.


Secara tidak langsung Dr Dzulkefly Ahmad telah menolak bulat-bulat calon yang diperkatakan ramai iaitu Cikgu Rashid Kassim yang juga YDP PAS Kuala Selangor sekarang ini.

Tetapi berdasarkan maklumat terbaru yang Pena terima sebentar tadi mengatakan sebuah mesyuarat telah diadakan lebih kurang 3 minggu lepas yang dihadiri oleh Cikgu Rashid Kasim (YDP PAS Kuala Selangor), Ustaz Ahmad Alang (Pengarah JPRD Jeram) bertemu dengan Dr Zulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor) membincangkan tentang masalah pemilihan calon pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi.

Dalam Mesyuarat itu, dikatakan Cikgu Rashid Kassim dan Ustaz Ahmad Alang telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka menggesa Dr Zulkifli Ahmad untuk menolak pencalonan Tuan Hj Razali Tumirin sebagai Calon Pilihanraya DUN Jeram pada PRU 13 nanti.

Jika dilihat, perebutan kuasa dan perbalahan di dalam Parti Pakatan Rakyat sememangnya berlaku dan ianya berada di tahap kronik dan Dr Dzulkefly Ahmad yang bertanggungjawab dalam hak tersebut dilihat gagal memainkan peranannya.

Dr Dzulkefly Ahmad telah lama gagal mentadbir parlimen Kuala Selangor dan kini gagal pula meredakan kemarahan calon-calon yang terlalu ingin bertanding bagi mewakili Parti PAS dan itu belum dikira jika PAS tidak mendapat tempat untuk bertanding di Kuala Selangor akibat desakan dari DAP dan PKR.

Apa pilihan Dr DZulkefly Ahmad ? 

Perlukah dia mengenepikan calon yang berkebolehan Seperti Haji Razali Tumirin yang juga menjadi calon pilihan penyokong PAS di DUN Jeram dan dimanakah tempat Cikgu Rashid Kassim yang telah bekerja keras selama ini ???

Bolehkah lagi kita berharap Dr Dzulkefly Ahmad untuk memerintah Parlimen Kuala Selangor ini ??? 

Anda Fikirlah dan buatlah keputusan.... Sekian...


Selanjutnya... klik sini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...