Thursday, 24 January 2013
Rahsia Disebalik Kahwin Lari Kak Jijah Dan Al-Juburi !
Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud bapa mertua kepada Anwar Ibrahim merupakan orang kuat kerajaan dan beliau memberitahu Dr Mahathir yang beliau membantah perkahwinan anaknya, Dr Wan Azizah.
Tun M pujuk Dr Wan Ismail supaya berlembut hati dan ketika itu Anwar belum masuk UMNO.
Petanda tak baik muncul pertama kali menurut Tun Mahathir ialah ketika beliau bentuk kabinet pada 1982 dan Dr M melantik Anwar menjadi Timbalan Menteri.
Anwar datang ke pejabat Dr M bagitau yang beliau hampa sebab beliau tak dilantik sebagai menteri penuh.
Tun Mahathir ketika itu terkejut dan tergamam.
Beliau cuma menjawab :
"Ada ramai orang lagi kanan dari awak (orang lagi lama), macam mana saya nak lantik awak jadi menteri penuh, belum pernah berlaku, Kerajaan angkat sesorang yang kritik kerajaan jadi anggota penuh dalam masa yang singkat, awak baru masuk UMNO"
Disini kita dah nampak siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan kenapa beliau masuk UMNO.
GILA KUASA !!!
Monday, 22 October 2012
Email Yang Buat Khalid Gagap Tak Tidur Malam... SASAU !!!
Salam tuan,
Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik.
Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.
Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.
Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Selain itu, penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi.
Untuk makluman pihak tuan, perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.
Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.
Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Masuk hari ini, sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.
Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian.
Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.
Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan, saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Apa lagi yang boleh saya lakukan.
Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah.
Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.
Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ?
Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.
Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi.
Kasihan anak-anak.
Dari
Cikgu ***** (sori la, aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan)
RTB2 Sungai Panjang
SUMBER
Subscribe to:
Posts (Atom)