Friday, 23 March 2012

MB Selangor Mahu Berikan Rizab Melayu Kepada Kroni?

MB Selangor Mahu Berikan Rizab Melayu Kepada Kroni? 

Apabila melihat kenyataan Khalid Ibrahim mengenai pembangunan tanah rizab melayu,Ia seakan PKR meludah ke muka PAS.

PAS sebelum ini membantah pembangunan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan tanah di Kg Baru,Kuala Lumpur.PAS yang terkenal dengan sikap suka menangguk di air yang keruh menghasut penduduk Kg Baru agar menentang pembangunan yang dirancang untuk mereka.

Khalid Ibrahim sudah pasti mengetahui Kg Baru juga adalah sebahagian tanah rizab melayu di Kuala Lumpur,sudah pasti beliau membuat perbandingan untung rugi jika membangunkan tanah rizab melayu di Selangor.

Tindakan Khalid sudah pasti membuatkan PAS kelihatan bodoh,adakah memang itu niat Khalid atau sengaja memberi insyarat agar PAS jangan masuk campur.

Kerajaan Parti Keadilan (PKR) Selangor menggalakkan agar tanah rizab Melayu di negeri ini dibangunkan untuk tujuan tertentu dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana terdapat tanah rizab Melayu mempunyai nilai komersial sekali gus dapat memberikan keuntungan kepada pemiliknya jika ia dibangunkan.

''Saya menggalakkan pembangunan tanah rizab Melayu ini kerana jika ia tidak dibangunkan, nilai tanah itu tidak dirasai oleh para pemiliknya.

''Bagaimanapun, pembangunan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Apa juga keputusan pembangunan tanah berkenaan, ia perlu diketahui masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) mengenai jumlah keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.-Utusan

~ kitagempur.com ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...