Thursday, 24 January 2013

Perkahwinan Gay Hanya Di Gereja Tidak Di Masjid !



Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender)

- Belum ada dalam Masjid atau Kadhi yang menikahkan pasangan sesama jantina. Agama Islam melarang hubungan sejenis malah perbuatan tersebut dilaknat.

Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,
“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.
“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.

- Tapi yang sebaliknya berlaku dalam ajaran Kristian. Pasangan sesama jenis berkahwin dalam gereja malah mereka ada paderi untuk perkahwinan sesama jenis.

*** Disitu jelas perbezaan antara ajaran Kristian dan Islam. So... Tidak relevan Kristian nak guna kalimah 'Allah' dalam ajaran mereka sedangkan perkara yang paling Allah laknati menjadi pegangan dan budaya hidup orang Kristian.

Dari page FB : Kami Benci Lim Guan Eng


Perutusan Perdana Menteri Sempena Maulidur Rasul 1434H !



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan Saudari sekalian,

Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. 

Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.

Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman. 

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya. 

Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia. 

Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.

Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai.

Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini. 

Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau. 

Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.

Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin. 

Malaysia bersedia membantu ke arah ini.  

Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting. 

Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.

Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda. 

Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. 

Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 

Insya-Allah.

Wabillahi Taufik wal Hidayah. 

Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Yang Amat Berhormat,
Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak


Rahsia Disebalik Kahwin Lari Kak Jijah Dan Al-Juburi !



Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud bapa mertua kepada Anwar Ibrahim merupakan orang kuat kerajaan dan beliau memberitahu Dr Mahathir yang beliau membantah perkahwinan anaknya, Dr Wan Azizah. 

Tun M pujuk Dr Wan Ismail supaya berlembut hati dan ketika itu Anwar belum masuk UMNO.

Petanda tak baik muncul pertama kali menurut Tun Mahathir ialah ketika beliau bentuk kabinet pada 1982 dan Dr M melantik Anwar menjadi Timbalan Menteri.

Anwar datang ke pejabat Dr M bagitau yang beliau hampa sebab beliau tak dilantik sebagai menteri penuh. 

Tun Mahathir ketika itu terkejut dan tergamam. 

Beliau cuma menjawab :

"Ada ramai orang lagi kanan dari awak (orang lagi lama), macam mana saya nak lantik awak jadi menteri penuh, belum pernah berlaku, Kerajaan angkat sesorang yang kritik kerajaan jadi anggota penuh dalam masa yang singkat, awak baru masuk UMNO"

Disini kita dah nampak siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan kenapa beliau masuk UMNO.

GILA KUASA !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...