Gaji, Bonus Pengurus Besar PKNS RM1.4 Juta… Tak Masuk Akal
SHAH ALAM 10 Nov. – Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berjumlah RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.
Pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding dengan prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.
“Berdasarkan perangkaan yang diperolehi pada tahun 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000 manakala pada tahun 2010 menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000. Jadi yang angka gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ini ialah sebanyak RM1.4 juta.
“Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan yang berhemah yang sebenarnya ditunjukan oleh kerajaan negeri. Maka sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa. Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Tambahnya, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial rakyat dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.
Sebaliknya, PKNS lebih banyak menumpukan kepada projek-projek mewah dan untuk mencapai keuntungan seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin untuk membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.
“Kalau dahulu ketika pentadbiran BN, kita ada juga jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial. Tetapi kerajaan negeri sekarang ini tidak ada perkara itu buat,” ujarnya.
Terdahulu, Mohamad Satim ketika memberikan ucapan membahaskan Bajet Selangor 2012 turut mempertikaikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 menyatakan kerajaan negeri tidak lagi memberikan memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan pengswastaan.
Malah katanya, kerajaan negeri turut mengarahkan PKNS supaya menghentikan projek-projek pengswastaan serta merta. -MediaUMNO
Credit to : UMNO Online

No comments:
Post a Comment