Saturday 19 November 2011

GB PAKATAN TOLOL YANG KANTOI !!!

PIBG jangan potong duit bantuan RM100

KUALA LUMPUR - Timbalan Per­dana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Ba­pa dan Guru (PIBG), supaya tidak me­motong wang bantuan persekolahan RM100 diberikan kerajaan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG ber­buat demikian supaya segera me­mulangkan kepada pelajar.

Sambil menyifatkan tindakan itu tidak wajar, Muhyiddin berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga.
“Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah pastikan RM100 ini, diberikan, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

“Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain’,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan, semalam.

Sebanyak RM550 juta diperun­tukkan bagi melaksanakan program itu.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

“Perdana Menteri sudah sebutkan, Tim­balan Perdana Menteri pun sudah beri­tahu, dapat RM100, kenapa bawa ba­­lik RM50? Ini adalah komitmen Per­dana Menteri hendak tolong rak­yat, ri­ngankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong, makin ter­be­banlah rak­­yat,” katanya.

Credit to : Sinar Harian

Wakakaka... kantoi pun Guru Besar SK D*** K****** II ni... padah bila hilang etika, tak amanah dan cuba sabotaj Kerajaan Barisan Nasional...!!! Patut buang je GB yg mcm ni... merosak kan nama baik Kerajaan... Mentang2 lah dia ada jawatan dalam Pakatan Haram... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...