Tuesday 20 December 2011

AMARAN!!- HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)


Dikeluarkan pada : 11:58 pagi 19 Disember 2011


Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikemaskini pada 1:35 petang 18 Disember 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga).
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Johor (Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang) dijangka berterusan sehingga Khamis 22 Disember 2011.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

(I) Dikemaskini pada : 11:58 pagi 19 Disember 2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin) dan Johor (Daerah Segamat , Ledang, Mersing, Kota
Tinggi, Johor Bharu, Kulaijaya dan Pontian) dijangka berterusan sehingga Khamis 22 Disember 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

(II) Dikemaskini pada : 01:35 petang 18 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Sarawak : Bahagian Kuching (Daerah Kuching, Bau dan Lundu), Samarahan (Daerah Samarahan, Asa Jaya, Serian dan Simunjan) , Sri Aman(Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau) dan Mukah (Daerah Mukah, Dalat, Matu Dan Daro) bermula pada Rabu, 21 Disember 2011 dan berterusan sehingga Jumaat, 23 Disember 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 03:21 petang pada 20 Disember 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Pahang (Daerah Bera, Temerloh, Bentong dan Raub), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Kelang dan Hulu Langat), N.Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol), Melaka (Daerah Jasin) dan Perak (Daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 20 Disember 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, negeri Selangor (Daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam), N.Sembilan (Daerah Tampin, Seremban, Rembau dan Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Perak (Daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Perak Tengah dan Manjung).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

SUMBER-Malaysian Meteorological Department

-ABANG LANG-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...