Wednesday 14 December 2011

Confirm: PAS buang slogan "Membangun Bersama Islam" !!!


Berdasarkan 5 janji awal PAS kepada rakyat Terengganu, saya tertarik untuk menimbulkan persoalan-persoalan berikut.

1. Mengapakah digantikan "Membangun Bersama Islam" kepada "Membangun Negara Kebajikan:.... Mana prinsip perjuangan asli PAS...atau ianya ditelan dek kerana "persetubuhan haram" dengan DAP dan Anwar?

2. Inikah lima perkara "paling penting" yang boleh diberikan PAS kepada rakyat Terengganu? Mengapa melaksanakan Hudud tidak menjadi keutamaan.. Sedangkan ianya (di Terengganu) sudah berada pada landasan yang betul. ?? atau ada perasaan "takut" untuk diletakkan secara bertulis di banner ini..? nanti DAP rasa hati.... Itukah perjuangan Islam sebenar ??

3. Menyediakan 17000 peluang pekerjaan ??? macam kelakar je... berapa peluang PAS sediakan ketika jadi kerajaan Terengganu dulu? atau nak jadi macam PAS Kelantan yg totally gagal sediakan pekerjaan buat rakyatnya... janji bukan main hebat...nak pancing undi... akhir rakyatnya merempat ke seluruh negara. !!!

4. "Merakyatkan Ekonomi" ??? Macam pernah dengar... MB Terengganu sekarang dah buatlah...

Kesimpulannya 5 janji awal PAS Terengganu ini tidak mengambarkan kehendak rakyat Terengganu dan sekadar janji manis . Ianya juga tidak mengambarkan negara kebajikan kerana sejuta kebaikan dan kebajikan yg telah dibuat BN jauh lebih efesien dan berpijak dibumi nyata kepada rakyat Terengganu.

Seterusnya.. tiada satu pun janji untuk memertabatkan Islam atau hal berkaitan Islam dalam 5 janji awal PAS... Bukan ke PAS parti islam.... ??

Slogan "Membangun bersama Islam" dibuang... Hudud juga disingkirkan dari matlamat... negara Islam pun dinyahkan digantikan negara kebajikan.... Selepas ini, jika DAP/Anwar mahu PAS buang perkataan Islam dari nama parti....mereka juga akan turuti...

Jadi apa nama baru PAS, jika Parti Islam Semalaysia tidak digunakan...?

a. Parti Kebajikan Malaysia (PKM)... mcm komunislah pulak.. atau
b. Parti Ajaran Sesat (PAS) ????


Credit to Rakyat Tranung Raktra

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...